Quotes by Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Abdul Aziz Nik Mat's insights on:

"
Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.
"
Ilmu itu tumpang menumpang, murid menumpang ilmu guru, guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya. Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain.
"
Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah swt, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu.
"
Kekayaan jangan sampai jadi matlamat hidup manusia, kerana manusia dicipta oleh Allah swt adalah untuk mengabdikan diri dan berbakti kepadaNYA, maka harta bahkan dunia ini seluruhnya hanya alat untuk berbakti kepadaNYA jua. (ms 108)
"
Riba yang sentiasa mengekori setiap hutang di zaman moden ini akan menjadi bara api di akhirat kelak. (ms 110)
"
... yang dikatakan iman itu ialah berikrar dengan lisan, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan perbuatan.
"
Para ulama' adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan jahiliyah, apabila seseorang itu berusaha mendampingi para ulama', bererti dia berusaha mendekati cahaya ...mukasurat 96 | bab 21
"
Meskipun dosa itu hanya terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan dosa besar, tetapi lorong menuju kepada dua jenis dosa terlalu banyak dan bersimpang siur. Diri manusia menjadi gelanggang dosa, sementara hati, fikiran dan anggota yang lahir menjadi pintunya. (ms 111)
"
Petunjuk dan peringatan wahyu Allah swt itu laksana air yang akan menyuburkan tanaman.
"
Apabila Allah SWT mencipta agama untuk panduan hamba-Nya, maka Dia tidak akan membiarkan Islam yang murni itu dalam keadaan hina-dina. Mudah bagi Allah SWT untuk membuka hati manusia supaya menerima agama-Nya, tetapi sengaja Allah SWT adakan suasana sukar sebagai gelanggang bagi Rasul-Nya dan orang-orang beriman berjuang mendapat anugerah Allah SWT.